Vlogging vs Blogging
Assalamualaikum

Hai dan selamat bangun tidur. Haha actually cuti cuti mesti ramai yang bercita cita nak qada' masa tidur dorang kan. Haha sudah sudah lah tu . takpayah nak qada' sangat lah kan. Okay back to the topic.

Vlogging 

Do you know what is vlogging? Vlogging ialah mengeluarkan pendapat dari segi buat video. Faham? Alah kenal tak Mat Luthfi yang double comel tu ? Tak kenal ? Okay Maria Elena yang double cantik tu ? Tak jugak? Hm Anwar Hadi yang double awesome ? Tak jugaa ? Haih pergi duduk dalam gua ah cenggini ! Okay tak kisah lah siapa pun , tapi the point is mereka mengeluarkan pendapat melalui video. Oh ya saya tertinggal satu . Iman Syippo. Kenal ? Oh yess , yang double sewel tuh . Kalau kalian stress tengok je lah video dorang. Ada mesej yang tersendiri dan dalam masa yang sama dapat menghilangkan stress kita. Jangan risau. Mereka tak guna perkataan yang tinggi . Bila bosan search je nama dorang dekat youtube tu dan tengok lah . Tak payah nak ada kamus ke, google translate ke apa . takpayah ok.

Blogging

Okay yang ini ramai. Ramai yang mengeluarkan pendapat dengan cara ni. Diorang ada pendapat sendiri dan tulis dekat blog. Sama ada blog tu dia private kan atau tak. Tapi blog ni sebenarnya untuk orang baca. Dan bahasa yang korang guna tu mestilah bahasa yang orang senang faham. Okay maksudnya tak semestinya korang kena guna bahasa melayu baku. Nanti orang boring nak baca. Just guna bahasa yang simple. Takpayah  nak hiperbola, personafikasi bagai. Okay? baru followers korang ramai. Aicehh cakap macam followers aku ramai je kan. Hahaha

Jadi itu sahaja ;) Kalau kalian rasa nak buat video tu kalian akan rasa seronok then buat lah video dan upload lah. :) Hihi  tak salahkan nak keluarkan pendapat sendiri :)

With love,
Syaidatul Mardiana Omar <3

new past