Agama bukan gurauan :)
Assalamualaikum.Hai, Hmmmm lately kita selalu dengar atau terbaca di blog2 pasal orang orang yang sibuk mempertikaikan itu dan ini. Bila Allah dah tetapkan hukum nya HARAM, sibuk pertikaikan kenapa HARAM. Lepas tu, suka suki jea buat hukum sendiri. Dah terang tantang HARAM, membijakkan diri yang kurang bijak dengan meng-
- Isu "Hak kebebasan beragama"
Ya, saya tak nafikan yang dalam Al-Quran, Allah takde pun tulis yang semua orang melayu WAJIB memeluk agama Islam. Tapi, kenapa baru sekarang timbul isu ni? Yang buruk cepat2 nak dijadikan isu. Yang baik. Pasal menutup aurat, solat, yang dah sah sah kata WAJIB tu, ada orang nak pertikaikan? Ada orang nak berdalih dalih? Nampak permainan nyaa?
- Menjalankan tanggungjawab
Seperti yang anda tengok ASK 2012 Jumaat lepas, ada sorang retis ni, dia cakap
"Nasib baik dekat TV3, boleh sentuh sikit. Kalau TV Al-Hijrah takboleh sentuh langsung"Wahai encik, mari saya tanya. Allah tu ada dekat TV Al-Hijrah saje ke? Dekat TV3 takde? Allah tak boleh nampak ke? Secara umumnya, tanggungjawab ni kita kena laksanakan dekat semua tempat. Sebab semua tempat Allah ada. Walau kita dekat Korea sekali pun *motif mention korea?* Faham?
Saya bukan ahli ulama' yang bijak berkata kata tentang Islam. Saya cuma manusia biasa, hamba Allah, dan bakal Khalifah di muka bumi ini. Apa yang saya tahu , saya kongsi. Walaupun saya tak alim mana, tapi saya tahu hukum hakam :) Agama, bukan mainan. Agama, bukan gurauan. Agama, amalan. Yang buruk datang daripada saya. Yang baik datang daripada ALLAH =D
new past